Mengalah
Sebelum kau angkat tangan dengan tinggi ke langit,
Sebelum kau terfikir untuk lepaskan segala impian dan harapan,
Sebelum kau tarik diri dan lepaskan,
Kau kena fikir satu hal.
Jika aku angkat tangan hari ini.
Apa jadi dengan segala usaha bertubi aku
Kenapa kau bermula
Kenapa kau mahu berjaya.
Mungkin itu akan buat minda kau hilang dari lelahnya.
Betapa bodohnya kau pergi dan hancurkan bertahun usaha.
Lagi sedikit.
Jangan semput dahulu,
Teruskan.
Cincang sampai habis.
Allah lihat pengorbanan.
Dia beri rezeki sebagai ganjaran.
Selamat, maju jaya

No comments:
Post a Comment