Tuesday, 21 March 2017

Yaa seperti dia

Satu masa nanti aku mahu jadi manusia yang semua orang kata'
Ya dia inspirasi aku.
'di sebabkan kau aku tidak boleh mengalah'

You can't love me
But I will make you miss me.
Always Allah in my heart.

29/3/2017

Thursday, 16 March 2017

Sayang


Sayang,
rupanya indah,
bahasanya cela.

Sayang, 
Duitnya banyak akalnya cetek.

Sayang, 
ilmunya tinggi,
tapi gayanya bagai anak yang baru mula mengaji.

Sayang,
Nampak lebih,tapi benarnya dia yang paling kurang.

Hormat,
Dua patah kata,
Sebutnya mudah,
Lakunya sukar,
Tapi yang mudahnya,
hormat aku, akan aku hormat kau mudah.

#if you don't understand my silence
you will never understand my words.


Wednesday, 15 March 2017

Lepas?



lepas

Ya , melepaskan itu seronok.
Kau lepaskan dia dan tak perlu fikir pasal dia.
Mungkin ingatan kau semudah itu.
Cumanya kau harus ingat, kenangan lama itulah yang paling sukar dilupa.
Lagi2 dengan insan yang pernah buat kau bahagia dan tersenyum manja.

Sebelum kau fikir untuk lepaskan dia,
Kau harus juga fikir, moga moga ada lagikah manusia dalam dunia ini yang Boleh mnerima kau seperti apa yang kau temu?

Ya dunia ini kita dihidangkan dengan banyak pilihan.
Tapi satu tidak semuanya kau punya.
Yang kau punya hanyalah satu,
Yang lain itu hanyalah distraksi untuk lihat sama ada betul atau tidak kata-kata

Mahu cari yang sempurna dan mengikut citarasa kau, itu mustahil.
Hidup ini penuh dengan give and take,
Kau ambil kurangnya dia
Kau hargai dia
Dia ambil kekurangan kau dan dia hargai.
Jika keduanya laku begini,
Dunia ini kalian yang punya.
Jika tidak teruskan pencarian kau yang tidak akan ada kesudahan.

#anyonefriendlove

Thursday, 9 March 2017

Mengalah

Mengalah


Sebelum kau angkat tangan dengan tinggi ke langit,
Sebelum kau terfikir untuk lepaskan segala impian dan harapan,
Sebelum kau tarik diri dan lepaskan,
Kau kena fikir satu hal.

Jika aku angkat tangan hari ini.
Apa jadi dengan segala usaha bertubi aku
Kenapa kau bermula
Kenapa kau mahu berjaya.

Mungkin itu akan buat minda kau hilang dari lelahnya.
Betapa bodohnya kau pergi dan hancurkan bertahun usaha.

Lagi sedikit.
Jangan semput dahulu,
Teruskan.
Cincang sampai habis.

Allah lihat pengorbanan.
Dia beri rezeki sebagai ganjaran.

Selamat, maju jaya

Catatan

Hari ini. Aku pulang dari rumah. Dengan perasaan yang bercelaru. Semuanya aku rasa, Dan aku bertanya dalam diri, Kenpa mesti begini, ...