Monday, 17 April 2017

Kerja

Bila berseloka
Kita dianggapnya kerdil
Katanya ada apa pada sastera
Boleh buat kita kaya ka?

.
.
.

Ya. Walaupon tidak kaya .
Sekurangya aku ada bahasa yang baik untuk manusia merasa.
Bila mana tiba jatuhnya dia.
Setidaknya dia membaca.
Dia peroleh
Mana tau Allah bukak hatinya beri kekuatan.
Dunia bukannya indah
Jikalau kau tetap menilai.
Nah
Orang gila pun merasakan jiwa.
Apa kau tidak?

Maaf.
Andai gunanya bahasa itu buat kau tersinggung.
Kerna kayanya itu bukannya terletak pada kerjanya kau.
Tapi rezeki itu datangnya dari DIA.
Ya DIA..

Friday, 7 April 2017

Kehidupan?

Orang tanya aku
Apa yang paling aku mahu?
Aku senantiasa tekan diri dari semua hal.
Keluarga,
Rakan
Kehidupan
Pelajaran
Persahabatan
Percintaan
Diri
Masa depan
Semua dari semua segi

Aku kejar semua ini. Untuk satu kejayaan.
Dan bila hal itu jadi
Akhirnya aku jatuh sendiri bila harapan itu gagal dicapai.
Aku tidak mahu seperti itu

Yang aku betul mahu sekarang adalah kebahagiaan.
Dan dari mana kebahagian itu?
Mana?
Aku persoalkan..mana dan mana?

Rupanya kebahagian itu
Pada
Ibu
Keluarga

Bezanya aku dengan yang dulu.
Aku sedar banyak perkara

Mana
Tanggungjawab aku sebagai seorang anak lelaki?
Dimana ibu adalah ratu.
Dan aku hanya anak yang bangsat
Anak yang tak dengar kata
Anak yang susahkan hati orang tua
Degil. Kurang hajar. Dan bangsat" ya kata yang sesuai.

Jika aku melebihkan manusia lain daripada syurga aku.
Apa peranan aku dalam keluarga
Aku percaya keluarga itu Allah utuskan bersebab.
Dan aku terima mereka apa adanya.
Walau perangai mereka bongek kadangnya

Ya kadangnya kita cemburu dengan rakan. Mana tidaknya keluarga mereka berbeza dengan kita.
Jika kau faham apa maksud aku.
Kau sendiri dapat menilai
Yang sedang membaca
Kau sendiri merasa apa
Betul?

Jika kau pernah rasa apa yang aku katakan
Haha sudahlah.
Buang dan
Katakan pada diri
Hal dunia
Hal dunia
Kita manusia yang terlahir
Bersebab
Kita berpijak pada bumi
Bersebab
Kerna kita yang terpilih
Terpilih kerna kita hebat
Kerna mampu untuk adaptasi semua yang kita miliki.
Semua yang kita lalui.

Don't waste your time
Allah always be there.

Sunday, 2 April 2017

Ganda usaha

Ganda Usaha~

Dalam dunia
Kita tak pernah terlepas
Dari terkena tempias
Tempias dari kata
Tempias dari masalah

Mungkin kita manusia
Yang rimas ditindas
Rimas dari masalah
Rimas dari segi kehidupan
Kadangkala kita perlu diam untuk seketika
Sembunyikan selagi mampu
Walaupun kita perlu sembunyi dalam puisi dan kias
Jangan pernah kita bidas
Jangan pernah kita lelah
Dalam semua perkara
.
.
.
Cuma ingat satu hal
Bila dunia seolah tidak memahami
Bila dunia mula menghentam kau dengan kejam
Dan bila mana dunia memandang kau serendah rendahnya
Kau perlu jadi kau
Ganda usaha
Dan jikalau tidak berbuah
Doa sekali lagi
Doa untuk sehari
Allah always be there.

4/3/2017

Catatan

Hari ini. Aku pulang dari rumah. Dengan perasaan yang bercelaru. Semuanya aku rasa, Dan aku bertanya dalam diri, Kenpa mesti begini, ...