Thursday, 26 November 2020

Catatan

Hari ini.
Aku pulang dari rumah.
Dengan perasaan yang bercelaru.
Semuanya aku rasa,
Dan aku bertanya dalam diri,
Kenpa mesti begini,
"Ahh. Aku tidak suka begini.!"
Aku tak suka semua yang ku rasa
Aku mula membenci
Dengan dunia aku sendiri,
Hey!Kenpa dan kenapa!"
Persoalan demi persoalan tatkala aku menuruni anak tangga,
Dan ketika aku mula protes seakan tidak puas hati,
Ada lelaki tua,
Menaiki anak tangga,
Dengan tubuh badannya kotor sama sekali.
Pakaiannya juga copak capik,
Seakannya lumpur menutupi badannya,
Rambutnya kusut masai.
Dan dia berselisih denganku
Dan melemparkan satu senyuman.
.
.
.
Dan aku dengan emosi yang tidak keruan.
Dan betapa egoisnya aku.
Terus berkata di dalam hati.
"Kenapa dengan orang gila ni"
Bentak hatiku!
.
.
Saat aku menjeling
Tiba tiba
Seorang anak muda sedang mengangkat basikal di bahunya.
Kelihatannya masih baru
Kerna bunga di tayarnya tidak haus lagi.
Dan tiba2 orang tua tadi berkata.
"Nak, cepat naik da malam"

Aku tersentak...
Sentaknya aku.
Buatkan aku.. menggigil satu badan.
Ya Allah..
Busuknya hatiku.
Busuk sama sekali.
Jauh sekali tanggapan ku terhadap orang sekeliling
Orang tua ygku sangka seakan gila.
Rupanya ayah kepada seorang anak.
Kasihnya ayah
Membuatkan dirinya sekotor kotornya
Untuk memberikan bahagia pada anak.
.
.
.
Sebal hati
Ya aku masih punya keluarga.
Keluarga.

Thursday, 20 June 2019

Kamu bukanlah seorang yang jujur tentang perasaan
Di setiap kata ada dusta yang terangkai dengan indah.

Aku tahu itu.
Hanya saja aku pilih bersandiwara untuk tidak mengetahuinya.
Kerana kehilangan suatu hal yang susah.
Maka mengalah menjadikan caraku untuk mempertahankannya.
Aku terlalu menyayangi
Sampai hatu kelu untuk menyudahi
Kerana meningglkan tak pernh ku sanggupi
Ku biarkan dulu kamu yang pergi dahulu pergi.
Aku memang tak bererti apa2 selama ini.
Terlihat jelas saat mudahnya kau melepaskan ku
Tapi lagi2 aku yang mengalah
Dan beljar melihatmu dari jauhnya arah.
Kau terlihat bahagia tanpaku
Dan bodohnya sampai detik ini.
Aku masih sahaja bertahan dengan perasaan yang sama
Tetap mencintai . Meski aku tak pernah dianggap ada.

Terbanglah. Walaupun kau seekor gagak hitam
Berdiri aku disini
Puas ku berjalan dan berlari
Masih tak ku jumpa dan temui
Keinginan dari hati
Aku mahu,
anak aku,
hidup senang,
cukup pakai,
makan kenyang,
walau pokai
Senyum tawa di bibir mengilai
Walau iblis dan kuncu mengintai
Saat hasil ku semua digadai
Tika hidupku dilanda badai
Susah payah biar aku telan semua
Biar aku telan derita
Biar kau takkan kenal sengsara
Dan aku tetap aku
Takkan berubah Ini kisahku
Bukan berkhutbah
Bagai diari helaian hidup
Tekanan hidup itu aku hirup
Ketidak adilan wujud mungkin ditakdirkan
Bukan aku nak tolak takdir
Cuma mahu bebas dari belenggu
Sebelum maut datang hampir
Aku teruskan perjalanan
Moga tamat penantian terketar aku di titian
Apa yang ku bekalkan
Hanya rasa salah walau aku benar takkan boleh menang
Di dunia kejam

Tapi apa kau tahu
Ramai hanya mampu bisu
Ramai taknak buka mulut
Takut kepala ditembusi peluru
Jadi sampai bila?
Kalau diam mungkin boleh jadi gila
Mahu bebas aku mahu lepas dari helah dunia
Kau bukan aku jadi better diam Kau
hidup mewah tidur lena beralas tilam
Ego dalam diri menjadikan kau selfish
Wanita kiri kanan selevel Nora Danish
Bergelumbang dengan kemewahan
Jadi apa kau tahu tentang hidup di jalanan
Susah senang cari makan halal atau
haram janji dapat makan nasi sepinggan
Tak punya apa apa cuma ada mimpi
impian untuk senangkan anak dan isteri
Tak mahu rumah besar cuma mahu
sebuah tempat berteduh untuk aku mengeluh
Lepas seharian jadi hamba siapa tak teringin untuk jadi raja
Penat lelah lemah takkan rebah walau azab datang takkan pernah sudah
Sedang kau masih lagi di kelab malam sampai pagi
Habiskan segala duit yang bapak kau bagi
Jadi apa yang kau tahu tentang hidup aku
Susah senang aku hanya tuhan saje tahu
Aku masih lagi mencari jalan untuk pulang
Sampai aku nampak satu cahaya terang
Aku teruskan perjalanan moga tamat penantian
Terketar aku di titian apa yang ku bekalkan
Hanya rasa salah walau aku benar takkan boleh menang
Di dunia kejam
Mahu bebas aku mahu lepas dari helah dunia

Monday, 3 June 2019

Ada satu saat
Diam itu yang jadi muzik saban malam.
Yang semakin bingit membising
Membuat aku pekak tak berbunyi,
Buat rindu galak yang bergoyang.

Aku diam dalam bersuara.
Bisu membilang rindu,
Hanya askara berbait menari meluah.

Rindu yang datang ketika mendiam.
Buat aku mati mendinding.
Beku tak bergerak,
Hanya mampu diam,
Dan hadam rindu dalam2

Ya diam ini
Buat aku rindu,
Rindu kan kau.

Monday, 17 April 2017

Kerja

Bila berseloka
Kita dianggapnya kerdil
Katanya ada apa pada sastera
Boleh buat kita kaya ka?

.
.
.

Ya. Walaupon tidak kaya .
Sekurangya aku ada bahasa yang baik untuk manusia merasa.
Bila mana tiba jatuhnya dia.
Setidaknya dia membaca.
Dia peroleh
Mana tau Allah bukak hatinya beri kekuatan.
Dunia bukannya indah
Jikalau kau tetap menilai.
Nah
Orang gila pun merasakan jiwa.
Apa kau tidak?

Maaf.
Andai gunanya bahasa itu buat kau tersinggung.
Kerna kayanya itu bukannya terletak pada kerjanya kau.
Tapi rezeki itu datangnya dari DIA.
Ya DIA..

Friday, 7 April 2017

Kehidupan?

Orang tanya aku
Apa yang paling aku mahu?
Aku senantiasa tekan diri dari semua hal.
Keluarga,
Rakan
Kehidupan
Pelajaran
Persahabatan
Percintaan
Diri
Masa depan
Semua dari semua segi

Aku kejar semua ini. Untuk satu kejayaan.
Dan bila hal itu jadi
Akhirnya aku jatuh sendiri bila harapan itu gagal dicapai.
Aku tidak mahu seperti itu

Yang aku betul mahu sekarang adalah kebahagiaan.
Dan dari mana kebahagian itu?
Mana?
Aku persoalkan..mana dan mana?

Rupanya kebahagian itu
Pada
Ibu
Keluarga

Bezanya aku dengan yang dulu.
Aku sedar banyak perkara

Mana
Tanggungjawab aku sebagai seorang anak lelaki?
Dimana ibu adalah ratu.
Dan aku hanya anak yang bangsat
Anak yang tak dengar kata
Anak yang susahkan hati orang tua
Degil. Kurang hajar. Dan bangsat" ya kata yang sesuai.

Jika aku melebihkan manusia lain daripada syurga aku.
Apa peranan aku dalam keluarga
Aku percaya keluarga itu Allah utuskan bersebab.
Dan aku terima mereka apa adanya.
Walau perangai mereka bongek kadangnya

Ya kadangnya kita cemburu dengan rakan. Mana tidaknya keluarga mereka berbeza dengan kita.
Jika kau faham apa maksud aku.
Kau sendiri dapat menilai
Yang sedang membaca
Kau sendiri merasa apa
Betul?

Jika kau pernah rasa apa yang aku katakan
Haha sudahlah.
Buang dan
Katakan pada diri
Hal dunia
Hal dunia
Kita manusia yang terlahir
Bersebab
Kita berpijak pada bumi
Bersebab
Kerna kita yang terpilih
Terpilih kerna kita hebat
Kerna mampu untuk adaptasi semua yang kita miliki.
Semua yang kita lalui.

Don't waste your time
Allah always be there.

Sunday, 2 April 2017

Ganda usaha

Ganda Usaha~

Dalam dunia
Kita tak pernah terlepas
Dari terkena tempias
Tempias dari kata
Tempias dari masalah

Mungkin kita manusia
Yang rimas ditindas
Rimas dari masalah
Rimas dari segi kehidupan
Kadangkala kita perlu diam untuk seketika
Sembunyikan selagi mampu
Walaupun kita perlu sembunyi dalam puisi dan kias
Jangan pernah kita bidas
Jangan pernah kita lelah
Dalam semua perkara
.
.
.
Cuma ingat satu hal
Bila dunia seolah tidak memahami
Bila dunia mula menghentam kau dengan kejam
Dan bila mana dunia memandang kau serendah rendahnya
Kau perlu jadi kau
Ganda usaha
Dan jikalau tidak berbuah
Doa sekali lagi
Doa untuk sehari
Allah always be there.

4/3/2017

Tuesday, 21 March 2017

Yaa seperti dia

Satu masa nanti aku mahu jadi manusia yang semua orang kata'
Ya dia inspirasi aku.
'di sebabkan kau aku tidak boleh mengalah'

You can't love me
But I will make you miss me.
Always Allah in my heart.

29/3/2017

Thursday, 16 March 2017

Sayang


Sayang,
rupanya indah,
bahasanya cela.

Sayang, 
Duitnya banyak akalnya cetek.

Sayang, 
ilmunya tinggi,
tapi gayanya bagai anak yang baru mula mengaji.

Sayang,
Nampak lebih,tapi benarnya dia yang paling kurang.

Hormat,
Dua patah kata,
Sebutnya mudah,
Lakunya sukar,
Tapi yang mudahnya,
hormat aku, akan aku hormat kau mudah.

#if you don't understand my silence
you will never understand my words.


Wednesday, 15 March 2017

Lepas?



lepas

Ya , melepaskan itu seronok.
Kau lepaskan dia dan tak perlu fikir pasal dia.
Mungkin ingatan kau semudah itu.
Cumanya kau harus ingat, kenangan lama itulah yang paling sukar dilupa.
Lagi2 dengan insan yang pernah buat kau bahagia dan tersenyum manja.

Sebelum kau fikir untuk lepaskan dia,
Kau harus juga fikir, moga moga ada lagikah manusia dalam dunia ini yang Boleh mnerima kau seperti apa yang kau temu?

Ya dunia ini kita dihidangkan dengan banyak pilihan.
Tapi satu tidak semuanya kau punya.
Yang kau punya hanyalah satu,
Yang lain itu hanyalah distraksi untuk lihat sama ada betul atau tidak kata-kata

Mahu cari yang sempurna dan mengikut citarasa kau, itu mustahil.
Hidup ini penuh dengan give and take,
Kau ambil kurangnya dia
Kau hargai dia
Dia ambil kekurangan kau dan dia hargai.
Jika keduanya laku begini,
Dunia ini kalian yang punya.
Jika tidak teruskan pencarian kau yang tidak akan ada kesudahan.

#anyonefriendlove

Thursday, 9 March 2017

Mengalah

Mengalah


Sebelum kau angkat tangan dengan tinggi ke langit,
Sebelum kau terfikir untuk lepaskan segala impian dan harapan,
Sebelum kau tarik diri dan lepaskan,
Kau kena fikir satu hal.

Jika aku angkat tangan hari ini.
Apa jadi dengan segala usaha bertubi aku
Kenapa kau bermula
Kenapa kau mahu berjaya.

Mungkin itu akan buat minda kau hilang dari lelahnya.
Betapa bodohnya kau pergi dan hancurkan bertahun usaha.

Lagi sedikit.
Jangan semput dahulu,
Teruskan.
Cincang sampai habis.

Allah lihat pengorbanan.
Dia beri rezeki sebagai ganjaran.

Selamat, maju jaya

Catatan

Hari ini. Aku pulang dari rumah. Dengan perasaan yang bercelaru. Semuanya aku rasa, Dan aku bertanya dalam diri, Kenpa mesti begini, ...