Sunday, 4 September 2016

"DOA kita"


Pernah satu tika dulu
ada banyak doa kita pohon pada tuhan..
Ketika kita rasa kita dah tak boleh pergi dah waktu itu
Kita ketak sepenuhnya tawakkal kepada tuhan.
Kita rasa dah tak ada orang dah mampu tolong kecuali DIA
.
.
.

Waktu nak exam, kita doa tuhan bagi permudah sesi menjawab
Waktu nak dapat result, kita doa tuhan bagi result yang cemerlang.
Waktu kita kecewa dengan pengharapan manusia, kita doa tuhan gantikan dengan orang yang lebih baik.
Waktu tak ada kerja , kita pohon doa pada tuhan bagi kita peluang kerja.
Bersungguh kita DOA.
Kadang kita sampai menangis.
Tiada sapa yang tahu
.
.
.
Banyak sangat 
sehingga kita pun dah tak ingat doa apa yang kita pernah pohon padaTuhan dulu.
Barangkali,
Tuhan pun dah perkenankan sebahagian dari DOA kita.

Tanamlah dalam hati
sikap bersyukur pada diri.
Bersyukur dengan orang yang datang dalam setiap jalan cerita hidupmu.
mungkin mereka bukan yang terbaik.
Tetapi mereka jugala yang akan memberikan perkara yang baik, pada kau masa akan datang.

Bersyukur wahai diri
Terima kasih Wahai Tuhan.

#love yourself more n more

"Okay Atau Tidak"

Kita tak okay
Kita tak Happy.
Kita sering ingat tuhan nak campak kita dekat hutan dalam.
Kita suka malu-malu
Kita protes dalam diam.
Kita lagi kenal siapa diri kita.
Tetapi kenapa kita masih pilih untuk pretend?

Sebab kadang-kadang
Hati kita sendiri pun tak berapa nak percaya sebenarnya.
Kita sendiri tak pasti apa yang kita rasa.
Atau mungkin kita pasti.
And we choose to pretend..
.
.
.

because no one ever care what you feel.
What makes you hurt.
What makes you so fragile.
No one ever care.
And 'pretend' just the best way to keep it your feelings, suffer, regrets safely inside.
Because no one gotto know.
And me.
EVEN they know, they just Don't care

#jadi diri sendiri yang dapat membanggakan diri kau sendiri bukannya untuk orang lain.
Dan persembahkan nilai diri kau tanpa perlu menunjukkan apa yang kau ada.
kerna manusia cuma membanggakan apa yang kau ada dan bukannnya diri kau.

-Always win in silent-

YA Jadi Seperti Bulan

"Mybe the moon is beatiful only because it is so far"
" I don't think so."

Bulan kelihatan cantik di sana mungkin sebab tiada tangan-tangan yang mengecewakan dia.
Dia mungkin tidak pernah kecewa.
Terluka.
Dia terletak di sana,
Tanpa sebarang perhatian.
Dia kekal bahagia menjaga diri sendiri.
Sedih , gembira , aib , kecewa yang terjadi di sana, tanpa siapa yang tahu.

Mungkin..
Dia tak pernah kecewa
Dan mungkin dia sedikit tidak pernah bahagia.
Dia kekal teguh menyokong diri sendiri
Mungkin.

Terkadang 
Dalam hidup ini, ada waktu kita tak perlukan orang lain.
Tak perlu mencari orang lain.
Yang kita perlukan sekadar ruang dan masa untuk bersama dengan diri sendiri.

Ruang it kita tidak nampak secara mata kasar
Tapi kita dapat rasa sebab kita sendiri yang cipta.
.
.
.

Berapa lama dah kita asyik menjaga hati orang
Sehingga diri sendiri terabai?
Sibuk memilih untuk menidakkan perasaan sendiri semata menjaga penuh orang lain punya perasaan. Sibuk mengejar impian orang lain,sehinggakan impian kita terhenti di bahu jalan.
Sibuk memasang angan-angan yang akhirnya dimusnahkan oleh orang lain..
Berapa lama?

Cuba bersendiri
Bersendiri dengan cara kita.
Di ruang yang kita cipta ini kadang-kadang kita boleh berbicara dengan diri sendiri.
Tentang apa-apa pun..
Keinginan
Kerisaun
Ketakutan
Harapan dan apa-apa yang dapat dirasakan
.
.
.

Kadang-kadang
diam itu indah
Selagi kita pandai menikmati perkataan "diam" dan "bersendiri"

Kita diam tanpa berkata satu suara dengan diri sendiri
Cubalah
Belajar menemani sepi,
Menemani hati kita
Barangkali di sana kita boleh menemukan diri kita yang sebenar
Yang sebenar-benarnya..
.
.
.

Mungkin
Satu hari kelak
Kita juga dapat kelihatan cantik seperti Bulan"
Cuma..
satu yang aku mahu katakan,
Bila sudah berjaya.
Tetapla letakkan sedikit ego
Seperti mana peluru hendak menembusi bulan.
Ia perlu melintasi sempadan yang dipagari bintang-bintang
Ego perlu dihapus
Tak selalunya kita yang di atas

Sama macam awak ..
Setidaknya kita akan kecewa lagi kelak.

Catatan

Hari ini. Aku pulang dari rumah. Dengan perasaan yang bercelaru. Semuanya aku rasa, Dan aku bertanya dalam diri, Kenpa mesti begini, ...