" I don't think so."
Bulan kelihatan cantik di sana mungkin sebab tiada tangan-tangan yang mengecewakan dia.
Dia mungkin tidak pernah kecewa.
Terluka.
Dia terletak di sana,
Tanpa sebarang perhatian.
Dia kekal bahagia menjaga diri sendiri.
Sedih , gembira , aib , kecewa yang terjadi di sana, tanpa siapa yang tahu.
Mungkin..
Dia tak pernah kecewa
Dan mungkin dia sedikit tidak pernah bahagia.
Dia kekal teguh menyokong diri sendiri
Mungkin.
Terkadang
Dalam hidup ini, ada waktu kita tak perlukan orang lain.
Tak perlu mencari orang lain.
Yang kita perlukan sekadar ruang dan masa untuk bersama dengan diri sendiri.
Ruang it kita tidak nampak secara mata kasar
Tapi kita dapat rasa sebab kita sendiri yang cipta.
.
.
.
Berapa lama dah kita asyik menjaga hati orang
Sehingga diri sendiri terabai?
Sibuk memilih untuk menidakkan perasaan sendiri semata menjaga penuh orang lain punya perasaan. Sibuk mengejar impian orang lain,sehinggakan impian kita terhenti di bahu jalan.
Sibuk memasang angan-angan yang akhirnya dimusnahkan oleh orang lain..
Berapa lama?
Cuba bersendiri
Bersendiri dengan cara kita.
Di ruang yang kita cipta ini kadang-kadang kita boleh berbicara dengan diri sendiri.
Tentang apa-apa pun..
Keinginan
Kerisaun
Ketakutan
Harapan dan apa-apa yang dapat dirasakan
.
.
.
Kadang-kadang
diam itu indah
Selagi kita pandai menikmati perkataan "diam" dan "bersendiri"
Kita diam tanpa berkata satu suara dengan diri sendiri
Cubalah
Belajar menemani sepi,
Menemani hati kita
Barangkali di sana kita boleh menemukan diri kita yang sebenar
Yang sebenar-benarnya..
.
.
.
Mungkin
Satu hari kelak
Kita juga dapat kelihatan cantik seperti Bulan"
Cuma..
satu yang aku mahu katakan,
Bila sudah berjaya.
Tetapla letakkan sedikit ego
Seperti mana peluru hendak menembusi bulan.
Ia perlu melintasi sempadan yang dipagari bintang-bintang
Ego perlu dihapus
Tak selalunya kita yang di atas
Sama macam awak ..
Setidaknya kita akan kecewa lagi kelak.
No comments:
Post a Comment